𝐉𝐈𝐌 𝐏𝐄𝐑𝐋𝐈𝐒 𝐒𝐄𝐑𝐓𝐀𝐈 𝐎𝐏𝐒 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐄𝐏𝐀𝐃𝐔 𝐊𝐇𝐀𝐙𝐀𝐍𝐀𝐇

WANG KELIAN, 12 Ogos 2026 – Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Negeri Perlis telah menyertai Operasi Bersepadu Khazanah: Ops-Wildlife Shield (OPS-WIS) Siri 1/2026 yang dilaksanakan di sekitar Pos Wang Burma, Wang Kelian, Perlis.

Operasi anjuran Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Negeri Perlis ini turut melibatkan kerjasama Jabatan Perhutanan Negeri Perlis dan Pasukan Gerakan Am (PGA).

Pelaksanaan operasi memberi tumpuan kepada rondaan dan pemantauan bersama di kawasan berkenaan dalam usaha membanteras aktiviti yang boleh mengancam khazanah negara termasuk pencerobohan, penyeludupan serta pemburuan haram.

Penglibatan JIM Perlis dalam operasi bersepadu ini mencerminkan komitmen berterusan jabatan dalam memperkukuh kerjasama strategik antara agensi penguatkuasaan, khususnya dalam memastikan keselamatan kawasan sempadan serta membantu usaha melindungi khazanah biodiversiti negara.

Kerjasama antara agensi akan terus diperkasakan bagi memastikan setiap bentuk pelanggaran undang-undang dapat dicegah dan ditangani secara bersepadu.

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *