
26 Julai 2026
Kementerian Dalam Negeri (KDN) terus memperkukuh pengurusan pelarian melalui pelaksanaan Program Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) yang dilaksanakan secara menyeluruh bagi memastikan proses pendaftaran, tapisan keselamatan dan penentuan status dijalankan secara lebih sistematik, teratur serta selaras dengan kepentingan keselamatan negara.
âKDN komited memastikan setiap proses berkaitan pengurusan pelarian dilaksanakan secara telus, berintegriti dan berpandukan undang-undang demi menjamin keselamatan negara serta kesejahteraan rakyat.â
â YB Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail
Menteri Dalam Negeri
Melalui Program DPP, KDN menerusi Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) melaksanakan 100% keseluruhan proses merangkumi pendaftaran biometrik, tapisan keselamatan, penentuan status pelarian, pengesahan status migran serta pengeluaran Kad Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) sebagai dokumen rasmi Kerajaan kepada individu yang memenuhi syarat.
Pendekatan ini membolehkan kerajaan mempunyai rekod identiti yang lebih lengkap, meningkatkan kecekapan pengurusan, memperkukuh kawalan keselamatan serta memastikan setiap keputusan dibuat berdasarkan proses saringan yang menyeluruh dan mengikut peruntukan undang-undang serta dasar Kerajaan.
KDN akan terus memperkukuh tadbir urus migrasi secara berperingkat dengan mengutamakan keselamatan negara, kecekapan penyampaian perkhidmatan dan pengurusan yang lebih sistematik selaras dengan amalan terbaik.
Sumber: Pertanyaan Jawab Lisan, Dewan Rakyat, Mesyuarat Kedua, Penggal Kelima, Parlimen Kelima Belas, 8 Julai 2026.
