
Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JPWPKL)
mengambil serius insiden pergaduhan melibatkan murid yang berlaku
di kawasan perumahan seperti yang tular di media sosial.
Pihak Polis telah selesai menjalankan siasatan dan kes tersebut kini dalam
proses tindakan perundangan.
JPWPKL memberi kerjasama penuh
terhadap siasatan yang dijalankan oleh pihak berkuasa.
JPWPKL tidak berkompromi dengan sebarang salah laku keganasan
melibatkan warganya.
Tindakan tegas akan diambil terhadap sesiapa
sahaja yang bersalah.
Orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi atau
menyebarkan identiti kanak-kanak bawah umur seperti yang diperuntukkan
dalam undang-undang.
JABATAN PENDIDIKAN WP KUALA LUMPUR
21 JULAI 2026
