
3 Julai 2026
βSetiap kejayaan yang dicapai KDN adalah hasil komitmen seluruh warga kementerian dan agensi dalam memperkukuh penyampaian perkhidmatan awam. Reformasi yang kita laksanakan mesti diterjemahkan kepada perkhidmatan yang lebih pantas, cekap, telus dan benar-benar dirasai manfaatnya oleh rakyat.β
β YB Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail, Menteri Dalam Negeri
PUTRAJAYA β Separuh pertama tahun 2026 menyaksikan Kementerian Dalam Negeri (KDN) terus mencatat pelbagai pencapaian signifikan dalam memperkukuh penyampaian perkhidmatan awam, mempercepat reformasi birokrasi serta memperluaskan pendigitalan demi meningkatkan kesejahteraan rakyat dan memperkukuh keselamatan negara.
Melalui kerjasama erat antara bahagian, jabatan dan agensi di bawah KDN, pelbagai inisiatif strategik berjaya dilaksanakan sehingga membolehkan kementerian meraih pengiktirafan di peringkat nasional.
Antara pencapaian utama KDN sepanjang Januari hingga Jun 2026 ialah:
π 5 Projek Reformasi Kerenah Birokrasi (RKB) berjaya menerima pengiktirafan.
π 2 Pengiktirafan Tertinggi Peringkat Nasional, iaitu:
- Anugerah Projek Berimpak Tinggi (Anugerah KSN) kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerusi projek mempercepat proses semakan tapisan keselamatan dan rekod jenayah bagi permohonan Pas Ekspatriat daripada 90 hari kepada hanya 15 minit.
- Anugerah Projek Berpotensi Tinggi (Anugerah KPPA) kepada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
Turut menerima pengiktirafan ialah projek-projek berimpak tinggi yang memberi manfaat secara langsung kepada rakyat, antaranya:
β Pendigitalan proses penyediaan jawapan pertanyaan Parlimen KDN.
β Mempercepat proses permohonan Pendaftaran Lewat Kelahiran (DLK) bagi kanak-kanak di bawah umur lima tahun.
β Program Mekar Didik, hasil kolaborasi strategik KDN dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi meningkatkan kesedaran berkaitan dokumen pengenalan diri melalui pendekatan outreach.
β Mempercepat kelulusan Perakuan Betul Pruf Akhir Teks al-Quran daripada 42 bulan kepada hanya 4 bulan.
Pencapaian ini membuktikan bahawa reformasi yang diterajui KDN bukan sekadar memperkemas proses kerja, malah berjaya menghasilkan impak yang nyata kepada rakyat melalui:
βοΈ Pengurangan tempoh menunggu perkhidmatan.
βοΈ Pendigitalan yang mempercepat proses kerja kerajaan.
βοΈ Pengurangan kerenah birokrasi.
βοΈ Peningkatan keyakinan pelabur terhadap sistem penyampaian kerajaan.
βοΈ Akses rakyat yang lebih mudah, cepat dan efisien kepada perkhidmatan kerajaan.
KDN akan terus memperkukuh budaya inovasi, mempercepat transformasi digital serta memperkasa tadbir urus yang cekap dan berintegriti bagi memastikan setiap inisiatif yang dilaksanakan memberi nilai tambah kepada rakyat serta menyokong agenda Malaysia MADANI.
Sumber: Kementerian Dalam Negeri β Majlis Pengiktirafan Reformasi Kerenah Birokrasi (RKB) Tahun 2026.
Tarikh: Januari β Jun 2026.
