KEMENTERIAN LUAR NEGERI (KLN) DAN SURUHANJAYA PERSAINGAN MALAYSIA (MyCC) MENANDATANGANI SURAT PERSEFAHAMAN (LoU)


3 JULAI 2026

Kementerian Luar Negeri (KLN) hari ini memeterai Surat Persefahaman (LoU) bersama Suruhanjaya
Persaingan Malaysia (MyCC) bagi memperkukuh integriti proses perolehan serta membanteras amalan
kartel tipuan bida dalam perolehan kerajaan.

Majlis pemeteraian yang berlangsung di Wisma Putra ini didahului dengan sesi kunjungan hormat oleh
YBhg. Tan Sri Dato’ Sri Idrus Harun, Pengerusi MyCC ke atas YBhg. Tan Sri Amran Mohamed Zin, Ketua
Setiausaha Kementerian Luar Negeri.

Kerjasama strategik ini diadakan bagi memastikan proses perolehan yang lebih telus, kompetitif, dan
berintegriti tinggi.

Melalui kerjasama ini, MyCC akan menyediakan khidmat nasihat teknikal dan laporan
penilaian bagi mengenal pasti indikator awal kewujudan unsur tipuan bida dalam perolehan KLN.

Selain
itu, MyCC akan turut memberikan latihan berkala kepada pegawai perolehan KLN mengenai teknik
pengesanan dan pencegahan kartel, serta membantu dalam pemantauan risiko kepada persaingan yang
positif selaras dengan peruntukan Akta Persaingan 2010 [Akta 712].

Pemeteraian LoU ini mencerminkan komitmen berterusan KLN dalam memperkukuh tadbir urus kerajaan
dan melindungi dana awam daripada amalan tidak beretika.

Inisiatif ini juga selaras dengan aspirasi
negara untuk memupuk budaya persaingan yang sihat dalam urusan perolehan awam.

PUTRAJAYA
3 Julai 2026

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *