



22 Mei 2026
Yayasan Sultan Ibrahim Johor (YSIJ) terus memperkukuh komitmen murninya dalam membantu mengurangkan beban rakyat yang ditimpa musibah dan kurang berkemampuan.
Semalam, (21 Mei) sebanyak 1,000 unit Bakul Makanan diagihkan kepada komuniti Bukit Permai, Kulai sempena Hari Raya Aidiladha yang bakal menjelang.
Majlis serahan sumbangan disempurnakan oleh Dato’ Avinderjit Singh, Pemegang Amanah Urusan YSIJ dan YB Dato’ Mohd Jafni Md Shukor, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Johor merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawasan Bukit Permai.
Turut hadir Mohd Anizam Jamian, Ketua Pegawai Eksekutif YSIJ danNorezzayana Rohaizat, wakil rasmi Pegawai Daerah Kulai.
Pada Selasa lepas, (19 Mei) pihak YSIJ turut melaksanakan Program Ziarah Kasih Mangsa Kebakaran di Plentong bertempat di Tapak Kebakaran Plentong.
Lawatan kebajikan ini diadakan bagi menyantuni dan menyampaikan sumbangan kepada keluarga yang terjejas akibat bencana kebakaran di Kampung Plentong Baru pada 17 Mac lepas.
Penyerahan sumbangan disempurnakan oleh Pengurus Kanan YSIJ, Encik Shah Reza Md Kanafe.
