
KUCHING, 22 Mei 2026 β Timbalan Menteri Komunikasi, YB Puan Teo Nie Ching,
hari ini merasmikan Karnival Komuniti Kempen Internet Selamat Peringkat Daerah
Kuching.
Program anjuran Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) ini
menghimpunkan lebih 500 pengunjung terdiri daripada komuniti setempat, murid
sekolah serta pelajar institusi pengajian tinggi.
Karnival ini dianjurkan bagi memperkasa literasi digital serta meningkatkan kesedaran
mengenai keselamatan dalam talian, khususnya dalam melindungi individu, kanak-
kanak dan keluarga daripada ancaman siber.
Program turut memfokuskan
penggunaan Internet secara selamat dan bertanggungjawab dalam kalangan komuniti
termasuk peranan ibu bapa dalam membimbing anak-anak di alam maya.
Karnival ini turut disertai oleh Bank Negara Malaysia (BNM) dan Polis Diraja Malaysia
(PDRM) yang berkongsi maklumat mengenai taktik terkini penipuan kewangan dalam
talian, langkah pencegahan serta tindakan yang perlu diambil sekiranya menjadi
mangsa jenayah siber.
Lebih daripada 20 agensi dan rakan strategik turut mengambil bahagian menerusi
pelbagai aktiviti interaktif seperti demonstrasi keselamatan siber, simulasi penipuan
dalam talian serta khidmat nasihat berkaitan keselamatan Internet.
Sejak dilancarkan pada Januari 2025, Kempen Internet Selamat telah menjangkau
lebih 1.8 juta peserta di seluruh negara menerusi pelbagai program lapangan dan
inisiatif kesedaran digital.
MCMC menyeru orang ramai agar segera melaporkan sebarang insiden jenayah siber
kepada pihak berkuasa.
Kempen ini yang membawa mesej utama βInternet Selamat,
Tanggungjawab Semuaβ ke arah mewujudkan persekitaran digital yang lebih selamat
dan bertanggungjawab untuk semua.
Dikeluarkan oleh:
Komunikasi Korporat MCMC
