πŸ”₯ RM39.18 JUTA RAMPASAN KUMULATIF PDRM-KDNKA βš“ RM4.39 JUTA RAMPASAN KUMULATIF APMM

Kementerian Dalam Negeri (KDN) terus memperkukuh operasi penguatkuasaan bersepadu bagi memastikan keselamatan bekalan negara sentiasa terjamin serta membanteras ketirisan subsidi dan aktiviti penyeludupan rentas sempadan.

πŸ’¬ β€œKDN akan terus mempertingkat tindakan penguatkuasaan strategik secara bersepadu bagi memastikan keselamatan ekonomi negara dan kesejahteraan rakyat sentiasa terpelihara.”
β€” YB Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail, Menteri Dalam Negeri.

Sepanjang tempoh operasi dilaksanakan, tindakan penguatkuasaan strategik melibatkan PDRM dan APMM berjaya merekodkan rampasan keseluruhan bernilai jutaan ringgit demi melindungi kepentingan rakyat dan negara.

🚨 PDRM (KDNKA) merekodkan rampasan kumulatif tertinggi bernilai RM39.18 juta melibatkan 196 kes dan 206 tangkapan berkaitan diesel serta petrol bersubsidi.

βš“ APMM pula merekodkan RM4.39 juta nilai rampasan melibatkan 20 kes dan 93 tangkapan menerusi operasi kawalan dan pemantauan perairan negara.

πŸ“Œ Pada 15 Mei 2026, sebanyak 6 kes Ops Tiris direkodkan di Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak dengan nilai rampasan harian mencecah RM617,210.30 melibatkan 4 tangkapan.

Pendekatan β€œSmart Enforcement” ini membuktikan komitmen berterusan KDN dalam:
βœ”οΈ Memutuskan ketirisan subsidi negara
βœ”οΈ Membanteras penyeludupan rentas sempadan
βœ”οΈ Memastikan kestabilan bekalan demi kesejahteraan rakyat
βœ”οΈ Memperkukuh keselamatan dan kedaulatan negara

Sumber: KDN

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *