
- Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) telah menerima rakaman ucapan
Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Rafizi Ramli dan Ahli Parlimen
Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad yang umum mengosongkan kerusi
Parlimen dan keluar daripada parti, hari ini. - KEADILAN menerima hasrat tersebut dan mengikut Fasal 9(1)(c)
dalam Perlembagaan KEADILAN maka tergugur keanggotaan mereka
dengan pengisytiharan keluar parti. - Pengisytiharan itu adalah jelas bertepatan dengan peruntukan Perkara
49A(1)(a)(ii) Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan dengan jelas
bahawa kerusi ahli Dewan Rakyat hendaklah menjadi kosong jika dia
tidak lagi menjadi anggota parti politik tersebut setelah dipilih ke Dewan
Rakyat sebagai anggota suatu parti politik. - Saya sebagai Setiausaha Agung akan merujuk dua kes Ahli Parlimen
ini kepada Tan Sri Speaker Dewan Rakyat mengenai status Ahli Parlimen
tersebut berdasarkan Perlembagaan Persekutuan. - KEADILAN juga akan menentukan status keanggotaan Ahli Parlimen
KEADILAN lain yang hadir ke dalam program tersebut.
Terima Kasih
Dr. Fuziah Salleh
Setiausaha Agung KEADILAN
17 Mei 2026
