SEBARAN BERITA PALSU PEMBEKALAN DIESEL KE FILIPINA: INDIVIDU DISIASAT

CYBERJAYA, 18 April 2026 – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia
(MCMC) telah membuka kertas siasatan terhadap seorang individu yang
menyebarkan berita palsu berhubung dakwaan pembekalan bahan api diesel
kepada Filipina.

Pihak berkuasa telah mengesahkan diesel tersebut milik syarikat
perdagangan Vitol, dan bukan milik Petronas atau Kerajaan.

Individu tersebut telah dipanggil untuk memberi keterangan pada hari Jumaat.

MCMC turut menyita peranti komunikasi yang digunakan untuk memuat naik
kandungan berkenaan bagi membantu siasatan lanjut.

Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998
(Akta 588), yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM500,000 atau
penjara maksimum dua (2) tahun, atau kedua-duanya sekali, jika disabitkan
kesalahan.

MCMC memandang serius sebarang penyalahgunaan platform media sosial dan
digital untuk menyebarkan maklumat tidak sahih yang boleh mengelirukan
orang ramai.

Tindakan penguatkuasaan tegas akan diambil terhadap mana-
mana pihak yang melanggar undang-undang serta menjejaskan ketenteraman
awam.

KOMUNIKASI KORPORAT MCMC

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *