Setiap polisi, dasar yang diputuskan mesti berteraskan realiti cabaran semasa – PMX

Wartawan JM
Foto Pejabat Perdana Menteri (PMO)
9 APRIL 2026

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menekankan bahawa setiap polisi dan dasar yang diputuskan mesti berteraskan realiti cabaran semasa serta keperluan masa depan, termasuk mengambil kira ketidaktentuan akibat krisis tenaga global yang memberi tekanan kepada kos dan rantaian bekalan.

Beliau menjelaskan dalam
konteks isu diesel, semua harus memahami kesannya terhadap majoriti, khususnya sektor pengangkutan, petani, nelayan, peladang serta pengusaha bas pelancongan.

“Justeru, pendekatan kita mesti berasaskan keupayaan mendengar, memahami dan menyelesaikan secara berperingkat, dengan tuntas serta adil demi menjamin kelangsungan ekonomi rakyat,” kata Anwar dalam hantaran di FB.

MESYUARAT BERSAMA KEPIMPINAN

Terdahulu semasa hadir pada mesyuarat bersama kepimpinan tertinggi Kementerian Pengangkutan.

“Saya dimaklumkan mengenai pelaksanaan pelbagai projek strategik sepanjang tahun, termasuk kemajuan projek rel berskala besar seperti ECRL serta pembangunan infrastruktur pengangkutan yang menjadi pemangkin keterhubungan dan pertumbuhan ekonomi negara,” kata beliau.

Selain itu, kata Anwar perbincangan turut merangkumi usaha memperkukuh kerangka perundangan melalui pindaan akta berkaitan, peningkatan penggunaan pengangkutan awam secara lebih menyeluruh, serta pemerkasaan modal insan dan pembangunan kerjaya dalam sektor pengangkutan bagi memastikan daya saing industri terus kekal mampan. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *