RM6.93 JUTA BANTUAN PERKASA SEKTOR PADI BATANG LUPAR

SRI AMAN, 9 April 2026 – Kerajaan menyalurkan bantuan berjumlah RM6.93 juta bagi memperkukuh pembangunan sektor padi di kawasan Batang Lupar, khususnya dalam meningkatkan hasil serta infrastruktur pertanian.

Penyerahan bantuan tersebut disempurnakan oleh Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Sri Mohamad Sabu sempena Majlis Perasmian Program Gelombang Padi Sarawak, Smart Sawah Berskala Besar (SMART SBB) serta Hari Bersama Pelanggan AIDA Batang Lupar 2026 di Dewan Sri Nangkai, Geran Stumbin, Sri Aman.

Daripada jumlah keseluruhan itu, peruntukan terbesar sebanyak RM3 juta disalurkan kepada Mancha Uchang bagi Program Pembangunan dan Pengurusan Padi.

Selain itu, James Batang Lang menerima RM1.53 juta bagi Projek Pemerkasaan Industri Tanaman Padi Blok C di Tanjung Bijat, Sri Aman.

Bantuan turut diberikan kepada Sapawi Mentahir sebanyak RM1.3 juta bagi penyelenggaraan infrastruktur pengairan dan saliran, manakala Alfred Renang menerima RM800,000 untuk projek naik taraf jalan pertanian.

Sementara itu, Waine Jaya menerima RM300,000 bagi Program Pemerkasaan Rice Check dan Pengukuhan Teknologi ke arah peningkatan hasil padi.

Penyaluran bantuan ini dijangka memberi impak positif kepada produktiviti sektor padi di kawasan berkenaan, sekali gus menyokong usaha meningkatkan tahap sara diri (SSR) padi negara.

Kerajaan kekal komited untuk terus memperkasa sektor pertanian melalui sokongan berterusan termasuk penyediaan infrastruktur, penggunaan teknologi serta pengurusan ladang yang lebih efisien.

Wartawan/Foto: FIRDAUS

beritartmsarawak

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *