
4 April 2026
Malaysia masih mempunyai bekalan minyak mentah yang mencukupi memandangkan penghantaran bagi hampir 40 peratus import minyak mentah negara adalah melalui Selat Hormuz berbanding hampir 90 peratus import bagi negara ASEAN lain.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Petroliam Nasional Bhd (Petronas), Tan Sri Tengku Muhammad Taufik Tengku Aziz bagaimanapun tidak menolak kemungkinan Malaysia sebagai satu pasaran pengguna terlindung sepenuhnya, juga terkesan daripada kenaikan harga minyak.
“Sejak 2014 hingga 2015 lagi, sudah ada penerimaan hakikat bahawa Malaysia menjadi pengimport bersih (minyak mentah). Perkara itu sudah diumumkan oleh kerajaan.
“Susulan adanya pengeluaran tenaga dan kita pengeksport tenaga bersih, ada keyakinan kita masih ada bekalan berbanding dengan rakan-rakan ASEAN lain yang mungkin bergantung kepada import melebihi 90 peratus.
“Tetapi tidak ada kemungkinan kita sebagai satu pasaran pengguna adalah terlindung sepenuhnya.”
Petikan berita : Bernama
