Petronas Percepat Tempoh Perancangan Kebersediaan Kepada 45 Hari Susulan Risiko Bekalan Global

4 April 2026

Petroliam Nasional Bhd (Petronas) telah bertindak mempercepat tempoh perancangan kebersediaan hilirannya kepada 45 hari berbanding tiga bulan sebelum ini sebagai langkah menghadapi ketidaktentuan bekalan tenaga global.

Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Petronas Tan Sri Tengku Muhammad Taufik Tengku Aziz berkata langkah itu bagi membolehkan syarikat bertindak lebih pantas serta responsif terhadap sebarang gangguan dalam rantaian bekalan.

Beliau juga menyifatkan perubahan tempoh itu sebagai sebahagian daripada langkah mitigasi segera yang telah dilaksanakan susulan peningkatan risiko geopolitik global.

“Pendekatan bagi kemajuan masa depan itu kini dipendekkan daripada tiga bulan kepada 45 hari supaya kita dapat menangani isu bekalan dengan lebih tangkas.”

Petikan berita : Bernama

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *