Malaysia terus sokong usaha diplomasi redakan konflik Iran-Israel

Wartawan JM
Foto Pejabat Perdana Menteri (PMO)
24 MAC 2026

Malaysia akan terus menyokong dan memperkukuh usaha diplomasi dalam meredakan konflik Iran–Israel, supaya ketegangan dapat diredakan, nyawa orang awam dilindungi, serta ruang rundingan yang bermakna dapat dibuka ke arah penyelesaian yang aman dan berkekalan.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklum ini semasa membuat panggilan telefon kepada Presiden Indonesia, Prabowo Subianto, semalam.

“Kami turur bertukar pandangan mengenai pelbagai isu semasa, termasuk konflik Iran-Israel,” kata Anwar dalam hantaran di FB.

DALAM MASA TERDEKAT

Anwar berkata beliau dan rakan sejawat bersetuju untuk mengatur pertemuan dalam masa terdekat, termasuk cadangan saya untuk berkunjung ke Jakarta sebagai langkah memperkukuh hubungan dua hala yang sedia erat.

“Menyentuh isu serantau dan antarabangsa, kami bertukar pandangan mengenai konflik Iran–Israel serta kepentingan pendekatan diplomasi yang berterusan,” tambah beliau. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *