
Wartawan JM
Foto Pejabat Perdana Menteri (PMO)
24 MAC 2026
Malaysia berpendirian tegas mengecam keras serangan ketenteraan terhadap Iran, serta menolak sebarang tindakan unilateral yang bercanggah dengan undang-undang antarabangsa.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata malah negara ini juga kekal menggesa gencatan senjata segera, perlindungan orang awam, serta kembalinya semua pihak ke meja rundingan melalui saluran diplomasi.
Anwar berkata demikian sewaktu perbualan telefon dengan rakan sejawatnya dari New Zealand, Christopher Luxon.
“Kami bertukar pandangan mengenai perkembangan di Asia Barat serta kesannya terhadap keselamatan dan ekonomi global,” kata beliau dalam hantaran di FB.
KESAN KONFLIK TERHADAP
Anwar berkata kedua mereka juga menyentuh kesan konflik terhadap sektor tenaga New Zealand, termasuk peningkatan harga bahan api dan tekanan terhadap ekonomi domestik.
“Saya menyambut baik langkah proaktif kerajaan New Zealand dalam memperkukuh keselamatan tenaga serta mempercepat peralihan kepada tenaga baharu,” kata Perdana Menteri.
Dalam masa yang sama, kata Anwar terus memperkukuh hubungan dua hala di bawah kerangka Perkongsian Strategik, termasuk dalam bidang perdagangan, pelaburan dan kerjasama tenaga.
“Kami akan terus berhubung rapat dalam mendepani cabaran semasa demi kepentingan bersama,” tambah beliau. – JM
