Standard MY-Al berfungsi “infrastruktur kepercayaan” sediakan rangka kerja praktikal – Gobind

Oleh: Sholina Osman
16 MAC 2026

Standard MY-Al akan berfungsi sebagai “infrastruktur kepercayaan”, menyediakan rangka kerja praktikal bagi pembangunan dan pelaksanaan standard Al di Malaysia.

Menteri Digital Gobind Singh Deo berkata dengan mengguna pakai pendekatan “kepercayaan melalui reka bentuk” (trust by design), ia memastikan teknologi Al dibangunkan dan digunakan berdasarkan standard yang jelas, telus dan boleh diaudit.

“Pada masa Al juga boleh disalahgunakan untuk menghasilkan
deepfake, penyamaran digital dan bentuk kandungan mengelirukan yang lain, standard yang dipercayai adalah sangat kritikal,” kata beliau dalam kenyataan media hari ini.

DIEKSPLOITASI UNTUK PENIPUAN

Gobind berkata tanpa perlindungan yang sewajarnya, teknologi tersebut boleh dieksploitasi untuk penipuan, penipuan kewangan dan maklumat salah yang menggugat kepercayaan awam serta integriti maklumat.

“Aplikasi Pelancaran Standard MY-AI baru-baru ini menandakan langkah penting dalam memperkukuh ekosistem digital negara seiring dengan aspirasi untuk menjadi Negara Al menjelang 2030,” kata beliau.

Jelas beliau standard ini melengkapi siri inisiatif yang sedang dijalankan, termasuk Strategi Kepercayaan Digital dan Keselamatan Data 2026-2030 yang akan dilancarkan lewat tahun ini.

“Pelan Tindakan Kecerdasan Buatan (Al) Malaysia 2026-2030 yang sedang dimuktamadkan, serta pembangunan Rang Undang-Undang Tadbir Urus Al dan Kod Etika Al Kebangsaan, di samping program literasi Al yang diperluas,” tambah beliau. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *