PMX lancarkan Mushaf Malaysia MADANI

16 Mac 2026

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini melancarkan Mushaf Malaysia MADANI di Kompleks Percetakan Bersepadu Nasyrul Quran di Putrajaya, sebagai sebahagian daripada usaha memperkasa program tadabbur al-Quran di peringkat kebangsaan.

Mushaf berkenaan merupakan antara mushaf al-Quran hibrid terawal di negara ini yang menggabungkan keindahan seni khat dan seni Islam tempatan dengan inovasi digital bagi membolehkan masyarakat menghayati kitab suci itu secara lebih interaktif selaras dengan perkembangan teknologi semasa.

Setiap salinan mushaf diintegrasikan dengan kod respons pantas (QR) yang membolehkan pembaca mengakses pelbagai bahan sokongan secara digital seperti terjemahan dalam pelbagai bahasa, panduan tajwid serta penerangan berkaitan elemen sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM) yang berkait dengan ayat al-Quran.

📸 Faisal Jaafar | BERNAMA

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *