200 warga PDRM terima sumbangan Yayasan Seri Negara, Zakat Wakalah PBLT

Oleh: Sholina Osman
22 FEB. 2026

Seramai 200 warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjadi penerima sumbangan Yayasan Seri Negara dan Penyerahan Zakat Wakalah PBLT Sdn Bhd kepada anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Ahli Parlimen Bandar Tun Razak Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata ia melibatkan 100 orang dari Bukit Aman manakala bakinya dari lbu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur dan lbu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras.

Beliau berkata bantuan yang disalurkan melalui mekanisme zakat wakalah kepada anggota PDRM berperanan membantu meringankan beban kewangan penerima termasuk perbelanjaan harian, pendidikan anak-anak dan keperluan asas keluarga khususnya dalam situasi kos sara hidup yang mencabar.

“Sekalung penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan majlis ini, khususnya pihak pengurusan zakat dan PDRM yang sentiasa komited dalam memastikan kebajikan anggota serta keluarga sentiasa diberi perhatian,” kata beliau dalam hantaran di FB.

Beliau berharap dengan sumbangan ini sedikit sebanyak dapat membantu meringankan beban kewangan kepada penerima.

Turut hadir di majlis berkenaan Ketua Polis Negara Datuk Seri Mohd Khalid Ismail, Penaung Yayasan Seri Negara
Tan Sri Mazlan Lazim serta Setiausaha Politik Perdana Menteri Datuk Azman Abidin. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *