





Wartawan JM
Foto Pejabat Perdana Menteri (PMO)
16 FEB. 2026
Kerajaan MADANI kekal fokus meletakkan kebajikan rakyat sebagai keutamaan dengan memastikan perkhidmatan kesihatan yang lebih berkualiti, komprehensif dan moden demi kesejahteraan bersama.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar
Ibrahim berkata demikian ketika meninjau beberapa wad di Hospital Pontian yang telah berkhidmat sejak 1929 kepada rakyat Pontian termasuk Kukup dan Benut.
“Insya-Allah, kemudahan hospital ini akan ditransformasi secara menyeluruh daripada segi kapasiti dan infrastruktur agar selari dengan keperluan perkhidmatan kesihatan semasa,” kata beliau dalam hantaran di FB. – JM
