




Wartawan JM
Foto Pejabat Perdana Menteri (PMO)
8 FEB. 2026
Setiausaha Akhbar dan Ketua Komunikasi Korporat bukan sekadar menyampaikan maklumat, tetapi memastikan setiap dasar dan agenda negara diterjemah dengan jelas, tepat dan berintegriti kepada rakyat.
Pesanan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ini penting kerana memainkan peranan penting sebagai penghubung utama antara pentadbiran dan masyarakat.
Beliau berkata demikian ketika hadir ke Pemukiman Setiausaha Akhbar dan Ketua Komunikasi Korporat hari ini bagi memperkukuh peranan mereka sebagai barisan hadapan komunikasi kerajaan.
UMPAMA SEBUAH JAMBATAN
“Kerajaan dan rakyat perlu sentiasa didekatkan umpama sebuah jambatan yang kukuh, agar kerajaan dapat terus berfungsi dengan berkesan demi kepentingan rakyat hatta dalam konteks ini,” kata beliau dalam hantaran di FB.
Anwar juga mengingatkan Setiausaha Akhbar dan Ketua Komunikasi Korporat untuk cakna dan peka akan pelbagai bentuk serangan yang cuba digerakkan dengan menyediakan hujah serta justifikasi yang tegas.
Jelas Perdana Menteri ini kerana negara ini harus tertegak dengan fakta, bukan sentimen yang merosakkan. – JM
