


KUCHING, 1 Februari β Taman Botani Sarawak akan diselenggara oleh beberapa badan berkanun antaranya Pusat Biodiversiti Sarawak dan Jabatan Hutan Sarawak.
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata pelaksanaan projek tersebut kini sedang dijalankan dengan penekanan terhadap aspek penyelenggaraan jangka panjang.
ββKita ada mengikut perancangan kita. Kita ada dua komponen. Satunya komponen ini garden yang kita lihat tadi. Lepas itu, komponen keduanya akan dihubungi dengan Heritage Trail hingga ke Reservoir Park Dan keduanya akan dilengkapi dengan tarikan-tarikan Biodiversity dalam tanaman kita. Dan ia akan memberikan ruang kepada lokal dan juga pelancong kita Untuk menikmati apa yang terdapat di Sarawak, ββ katanya.
Pendekatan itu selari dengan aspirasi Bandar Raya Kuching sebagai ibu negeri yang dilengkapi kemudahan dan infrastruktur berteraskan konsep bandar rendah karbon serta inisiatif bandar pintar.
Beliau berkata demikian kepada media selepas Program Walk for Health bersama Premier Sarawak di Dataran Ibu Pertiwi, Kuching, pagi tadi.
ROSE
