



SARATOK, 21 Januari – 116 individu ditangkap berkaitan penyalahgunaan dadah di Saratok sepanjang tahun lepas.
Ketua Polis Daerah Saratok, DSP Mathew Manggie berkata, 50% daripadanya ditangkap mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.
Beliau menegaskan pendekatan menangani penyalahgunaan dadah secara total akan terus digerakkan melalui penguatkuasaan, risikan berkesan serta kerjasama erat dengan agensi berkaitan.
Dalam pada itu, kes jenayah di daerah tersebut juga catat penurunan kepada 23 pada tahun lalu, berbanding 40 pada tahun sebelumnya.
Ia menunjukkan setiap pegawai dan anggota sentiasa memberikan komitmen penuh, kerjasama serta serius dalam menangani masalah jenayah di daerah itu.
DSP Mathew juga menyeru mereka agar lebih cakna terhadap perkembangan politik dan ekonomi setempat, kerana faktor tersebut mempunyai kaitan rapat dengan kesejahteraan dan kestabilan masyarakat yang perlu dilindungi.
Beliau menyatakan demikian pada Perhimpunan Bulanan Ibu Pejabat Polis Daerah Saratok di Saratok.
Jamalia
Foto IPD Saratok
