Raja Muda Perlis rasmi Restoran Seoul Garden pertama di Perlis

Oleh: Sholina Osman
Foto Istana Arau
21 JAN. 2026

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan berangkat menyempurnakan pembukaan Restoran Seoul Garden pertama di Perlis di Kangar Jaya, petang semalam (20 Januari).

Baginda diiringi oleh Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Pada acara gimik perasmian, Baginda berdua berkenan untuk menyediakan Kimchi, makanan popular Korea.

PERSEKITARAN RESTORAN GRILL

Malah Baginda berdua juga berkenan meninjau persekitaran restoran grill dan steamboat buffet yang terkenal itu.

Sempena dengan pelancaran itu juga diadakan acara kuiz dan tarian “Gangnam Style” khusus untuk tetamu yang hadir.

Seoul Garden pertama di Perlis yang beroperasi Kangar Jaya di sini sudah mula dibuka kepada orang ramai sejak 23 November lalu dan mendapat sambutan cukup luar biasa.

Ia beroperasi dari pukul 11.30 pagi sehingga 11 malam dan pada hari minggu atau cuti umum dilanjut sehingga 12 tengah malam.

Pembukaan Seoul Garden di Perlis melengkapkan bahawa jenama ini telah beroperasi di seluruh negara. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *