Iran tutup sementara ruang udara kepada kebanyakan penerbangan, kecuali yang dapat kebenaran awal

15 Jan 2026

Iran menutup sementara ruang udaranya kepada semua penerbangan kecuali ketibaan dan pelepasan penerbangan awam antarabangsa yang mendapat kebenaran awal, menurut satu notis penerbangan rasmi pada awal pagi Khamis, lapor Anadolu Ajansi (AA).

Notis kepada misi udara itu memaklumkan bahawa ruang udara Tehran akan kekal ditutup sehingga 15 Jan, dengan hanya penerbangan awam antarabangsa dibenarkan beroperasi setelah mendapat kelulusan daripada Pihak Berkuasa Penerbangan Awam.

Sekatan itu terpakai kepada penerbangan yang memasuki atau meninggalkan Iran manakala semua trafik udara lain digantung, menurut notis berkenaan.

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *