




Kota Kinabalu, 13 Januari 2026 (Selasa) – CP Datuk Jauteh bin Dikun, Pesuruhjaya Polis Sabah hadir mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Aset Kerajaan (JKPAK) / Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Aset Kerajaan (JKPAK) Fasiliti dan Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Kewangan Akaun (JPKA) Bagi Suku Ke-4 Tahun 2025 Kontinjen Sabah yang diadakan di Bilik Mesyuarat Akinabalu, disini pagi.
Mesyuarat ini menumpukan kepada pemantapan tadbir urus aset, pengurusan fasiliti yang lebih cekap serta pengukuhan pengurusan kewangan berintegriti selaras dengan keperluan semasa organisasi. Penekanan turut diberikan terhadap pematuhan prosedur, kecekapan pelaksanaan dan akauntabiliti dalam menyokong keberkesanan penyampaian perkhidmatan kepada masyarakat.
Komitmen berterusan ini mencerminkan kesungguhan PDRM Kontinjen Sabah dalam memastikan pengurusan aset dan kewangan dilaksanakan secara telus, berhemah dan berimpak tinggi demi kelangsungan operasi yang cemerlang.
Turut hadir, DCP Datuk Abdul Rani bin Alias – Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah, SAC Datuk Azmi bin Abdul Rahim, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sabah, SAC Datuk Abdul Fuad bin Abdul Malek, Ketua Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Sabah, SAC Ahsmon bin Bajah, Ketua Jabatan Pengurusan Sabah, Ketua-Ketua Jabatan/ Formasi serta wakil, Ketua-Ketua Polis Daerah secara telesidang serta Pegawai Kanan Polis terlibat.
