PENGURUSAN PERMOHONAN KEWARGANEGARAAN MALAYSIAPenilaian Teliti, Berperlembagaan & Berteraskan Ihsan

8 Jan 2026
Info Ringkas

Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) komited memastikan setiap permohonan kewarganegaraan dinilai secara adil, telus dan berintegriti, tanpa mengira keturunan, agama atau latar belakang pemohon, selaras dengan Bahagian III Perlembagaan Persekutuan dan Kaedah-Kaedah Kewarganegaraan 1964.

πŸ“‰ Hasil pembaharuan berterusan, tunggakan permohonan yang mencecah 49,000 ketika YB Menteri Dalam Negeri mula menerajui KDN berjaya dikurangkan kepada hanya 3,738 setakat 31 Disember 2025.

πŸ“Š Sepanjang tahun 2025, sebanyak 20,032 permohonan telah dipertimbangkan, melibatkan kes anak angkat/anak tidak sah taraf/anak jagaan (Perkara 15A), anak kepada ibu atau bapa warganegara (Perkara 15(2)) serta naturalisasi (Perkara 19(1)).

β€œSetiap permohonan kewarganegaraan mesti dinilai secara teliti dan berperikemanusiaan. Prinsip keadilan, ketelusan dan ihsan adalah teras Kerajaan MADANI dalam memastikan hanya mereka yang benar-benar layak diberikan kewarganegaraan Malaysia.”
β€” YB Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail, Menteri Dalam Negeri

Pencapaian ini mencerminkan komitmen Malaysia MADANI dalam memperkukuh kecekapan, ketelusan dan kemanusiaan demi kesejahteraan rakyat.

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *