
24 Disember 2025
MyNIISe ialah aplikasi mudah alih Jabatan Imigresen Malaysia yang memudahkan urusan keluar masuk negara secara lebih pantas, cekap dan selamat. Melalui penggunaan teknologi digital seperti MyGate QR, eKYC, MDAC dan Digital Travel Credential, pengalaman perjalanan menjadi lebih lancar serta teratur.
Pendigitalan perkhidmatan imigresen bukan sahaja meningkatkan kecekapan sistem, malah memperkukuh keselamatan sempadan dan keselesaan rakyat.
📲 Muat turun MyNIISe sekarang dan nikmati kemudahan imigresen pintar.
