






Wartawan JM
Foto Pejabat Perdana Menteri (PMO)
6 OKT. 2025
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meraikan ketibaan Perdana Menteri Pakistan, Mian Shehbaz Sharif, yang memulakan lawatan rasmi selama tiga hari ke Malaysia bermula semalam.
PM Shehbaz dan delegasi diberi sambutan rasmi termasuk pemeriksaan kawalan kehormatan oleh Batalion Pertama Rejimen Renjer Diraja.
“Selesai sambutan rasmi, saya dan PM Shehbaz telah mengetuai delegasi masing-masing dalam sesi mesyuarat dua hala dan pertemuan tertutup yang berlangsung dalam suasana mesra, terbuka dan konstruktif,” kata Anwar dalam hantaran di FB.
Beliau menjelaskan lawatan ini bukan sekadar memperkukuh persahabatan dua negara, tetapi juga membuka lembaran baharu kerjasama strategik demi kesejahteraan rakyat Malaysia dan Pakistan. – JM
