PMX, PM Pakistan lancar buku Membangun Negara MADANI atau SCRIPT dalam Bahasa Urdu

Wartawan JM
Foto Pejabat Perdana Menteri (PMO)
6 OKT. 2025

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Perdana Menteri Pakistan, Mian Shehbaz Sharif
meluncurkan terjemahan buku Membangun Negara MADANI atau SCRIPT dalam Bahasa Urdu.

“Saya amat terharu dan menghargai inisiatif kerajaan Pakistan yang menzahirkan penghormatan tinggi terhadap gagasan MADANI dengan menterjemah serta menerbitkan buku ini untuk khalayak mereka,” kata beliau dalam hantaran di FB.

Beliau berkata langkah ini bukan sahaja memperkukuh jalinan intelektual dan pertukaran ilmu antara Malaysia dan Pakistan, tetapi juga mencerminkan pengiktirafan terhadap nilai, prinsip dan falsafah yang menjadi teras kepada pembangunan Malaysia MADANI. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *