







Wartawan JM
Foto Pejabat Perdana Menteri (PMO)
23 SEPT. 2025
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan ini lawatan kerja dua hari bukan sahaja memperkukuh persahabatan Malaysia–Timor Leste, malah membuka lembaran baharu kerjasama strategik yang dapat menyumbang kepada kestabilan, kemakmuran dan keamanan serantau.
Beliau berkata pertemuan tersebut turut menyaksikan pertukaran pandangan mengenai hubungan dua hala serta isu-isu serantau dan antarabangsa yang berkepentingan bersama, dalam suasana mesra dan konstruktif.
“Hasil perbincangan ini turut kami kongsikan bersama media tempatan dan Malaysia, dengan harapan sinergi baharu dapat dilaksanakan demi manfaat rakyat kedua-dua negara,” kata beliau dalam hantaran di FB.
MENERIMA SAMBUTAN RASMI
Perdana Menteri telah menerima sambutan rasmi penuh istiadat di Istana Presiden yang diserikan dengan pemeriksaan barisan kawalan kehormatan statik sempena lawatan ke Timor Leste.
“Selesai melakukan kunjungan hormat ke atas Presiden Timor Leste, Dr José Ramos-Horta, kami kemudiannya mengetuai delegasi masing-masing dalam mesyuarat dua hala,” kata Anwar.
Beliau berkata perbincangan menumpukan kepada bidang-bidang berpotensi, termasuk pertahanan, kesihatan, komunikasi, pendidikan, budaya, pengecualian visa, pelaburan dan perdagangan.
Pertemuan tersebut turut menyaksikan pertukaran pandangan mengenai hubungan dua hala serta isu-isu serantau dan antarabangsa yang berkepentingan bersama, dalam suasana mesra dan konstruktif. – JM
