Kerajaan tidak hadkan pembelian RON95 kepada sekali sehari

Oleh: Sholina Osman
23 SEPT. 2025

Kerajaan tidak akan mengehadkan pembelian RON95 kepada sekali sehari setelah pelaksanaan Program Budi Madani RON95 (BUDI95) mulai 30 September ini.

Kenyataan media Kementerian Kewangan (MoF) hari ini merujuk kepada beberapa artikel media yang telah melaporkan secara tidak tepat bahawa Kerajaan akan mengehadkan pembelian RON95 kepada sekali sehari.

“MoF ingin menjelaskan bahawa Kerajaan sama sekali tidak mempunyai rancangan untuk berbuat demikian,” kata kenyataan itu.

Walaupun Kerajaan sedang meneliti langkah untuk mengelakkan penyalahgunaan subsidi
RON95 (BUDI95) dilaksanakan dengan hasrat untuk memastikan keperluan harian rakyat Malaysia dapat dipenuhi.

Had pembelian sekali sehari jelas tidak selaras dengan tujuan tersebut. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *