







Wartawan JM
26 JUN 2025
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meraikan Presiden Republik Kyrgyz, Sadyr Japarov dan delegasi Kyrgyzstan dengan jamuan makan tengah hari.
Hidangan lauk pauk tempatan dan buah durian yang disajikan ternyata mencuri perhatian tetamu Asia Tengah.
Majlis diserikan dengan kemerduan dendangan muzik daripada Orkestra Simfoni Kebangsaan serta persembahan penuh bertenaga daripada Artistana Istana Budaya yang mengetengahkan keunikan dan kekayaan budaya pelbagai kaum di Malaysia.
Detik seperti ini menyerlahkan bahawa diplomasi bukan hanya terbina di meja rundingan, tetapi juga disulam menerusi keikhlasan persahabatan dan keindahan budaya.
“Saya percaya hubungan Malaysia-Kyrgyzstan akan terus berkembang, berakar pada rasa hormat dan tumbuh mekar menjadi kerjasama yang lebih erat demi kemakmuran dan kesejahteraan rakyat kedua-dua negara,” kata Anwar dalam hantaran di FB. – JM
