PMX, Presiden Republik Kyrgyz singgah ke Yurt khemah tradisional penggembala sejak berabad

Wartawan JM
26 JUN 2025

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Republik Kyrgyz, Sadyr Japarov singgah ke Yurt, khemah tradisional masyarakat Kyrgyz yang digunakan sejak berabad oleh para penggembala yang berpindah-randah merentas padang rumput, lembah dan pergunungan.

Anwar berkata, Yurt ini merupakan hadiah daripada Kerajaan Kyrgyz semasa lawatan rasmi beliau ke negara Asia Tengah itu tahun lalu.

Beliau berkata, Yurt kini dipasang berhampiran Perbadanan Putrajaya.

BOLEH DIPASANG SEMULA

“Saya kagum melihat reka bentuknya yang unik, mudah alih, dan boleh dipasang semula dengan pantas,” katanya dalam hantaran di FB.

Perdana Menteri berkata, ia mencerminkan gaya hidup yang lasak dan anjal, selaras dengan kekuatan tradisi serta daya tahan budaya masyarakat Kyrgyz.

“Bagi saya, Yurt ini bukan sekadar simbol budaya, tetapi lambang keikhlasan Presiden Sadyr untuk memupuk hubungan yang lebih mendalam antara rakyat kita, bukan sekadar melalui diplomasi dan pelaburan tetapi menerusi persahabatan yang tulus dan saling mempercayai,” katanya. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *