Malaysia sokong penuh Kenyataan Tokyo 2025 sempena Mesyuarat Menteri Asia-Pacific Telecommunity – Fahmi

31 MEI 2025

Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil menyatakan sokongan penuh Malaysia terhadap Kenyataan Tokyo 2025 yang akan dilancarkan sempena Mesyuarat Menteri Asia-Pacific Telecommunity, khususnya dalam membina infrastruktur digital yang berdaya tahan, inklusif dan mampan untuk Asia Pasifik.

Beliau berkata, Malaysia komited memastikan akses sejagat, kesaksamaan teknologi dan kelestarian alam sekitar dalam ruang digital.

“Menerusi sesi bersama Menteri bertajuk “Sustainable Digital Infrastructure and Accessibility”, saya tekankan usaha berterusan Kerajaan MADANI dalam memperkukuh capaian dan keterangkuman teknologi di peringkat nasional,” katanya dalam hantaran di FB.

MEMPERLUAS CAPAIAN INTERNET

Fahmi berkata, melalui inisiatif seperti JENDELA, negara telah memperluas capaian internet berkelajuan tinggi ke lebih 9.03 juta premis dan meningkatkan liputan 5G ke lebih 82 peratus kawasan berpenduduk.

Beliau berkata, ini menyumbang kepada kemajuan keterangkuman digital, dengan kelajuan jalur lebar mudah alih mencapai purata 105.36 Mbps dan liputan internet 98.66 peratus pada suku keempat 2024.

Dengan penembusan mudah alih sebanyak 61 peratus dan pelaksanaan 5G, Malaysia membuka lebih banyak peluang dalam pendidikan dan pelbagai industri.

Malaysia juga bersedia bekerjasama dengan negara-negara APT lain untuk berkongsi inovasi dan membina masa depan digital yang inklusif dan mampan. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *