Keamanan sejagat merentasi benua perlu diambilkira untuk kekalkan kestabilan dunia – PMX

Oleh: Sholina Osman
(Foto: Amir Haziq- PMO)
23 JAN. 2025

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, di sebalik semangat dan kerancakkan mengejar perubahan arus teknologi dunia dan kepesatan ekonomi, faktor keamanan sejagat merentasi benua perlu diambilkira bagi terus mengekalkan kestabilan dunia.

“Saya tekankan perkara itu sewaktu menyampaikan ucaptama pada Sesi Awam Peringkat Tinggi: Pleno ASEAN yang bertajuk ‘Even Stronger Together pada Sidang Kemuncak Tahunan Forum Ekonomi Dunia (WEF) 2025,” katanya menerusi hantaran di FB.

PERLU DIBERI PERHATIAN

Jelas Perdana Menteri, poin kritikal itu perlu diberi perhatian serius mana-mana negara, blok mahu pun kesatuan jika ingin memastikan kehadiran pelabur terus rancak menghangatkan peluang perdagangan yang ada.

“Saya turut memberikan contoh dan pandangan mengenai situasi di Myanmar dimana lebih banyak libat urus di pelbagai lapisan dan pihak berkaitan, perlu diadakan bagi memastikan
kestabilan dan keamanan benua ASEAN terus dipelihara,” tegasnya. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *