LELAKI DIDENDA RM90,000 SUSULAN TRANSAKSI WANG RM450,000 TANPA TUJUAN SAH

KUCHING, 3 NOVEMBER 2026* – Seorang lelaki berusia 39 tahun telah dijatuhi hukuman denda berjumlah RM90,000 oleh Mahkamah Sesyen Kuching selepas mengaku bersalah terhadap dua pertuduhan melibatkan transaksi wang berjumlah RM450,000 tanpa tujuan yang sah.

Kes ini mempunyai kaitan dengan siasatan jenayah komersil melibatkan transaksi pemindahan dana secara tidak sah daripada sebuah institusi kewangan tempatan.

Hasil siasatan mendapati sejumlah RM450,000 telah dimasukkan ke dalam akaun bank milik tertuduh melalui dua transaksi berasingan, masing-masing berjumlah RM50,000 dan RM400,000.

Tertuduh turut mengakui telah membenarkan individu lain menggunakan akaun bank miliknya bagi tujuan penerimaan wang sebelum pengeluaran dilakukan.

⚖️ TINDAKAN UNDANG-UNDANG

Tertuduh telah disabitkan atas dua pertuduhan di bawah Seksyen 424C(1) Kanun Keseksaan dan dikenakan denda keseluruhan RM90,000.

⚠️ NASIHAT KEPADA MASYARAKAT

Orang ramai diingatkan supaya tidak sesekali menyerahkan, menyewakan atau membenarkan akaun bank peribadi digunakan oleh pihak ketiga, khususnya bagi tujuan menerima, memindahkan atau mengeluarkan wang yang tidak diketahui sumber dan tujuan sebenar transaksi tersebut.

Jangan mudah terpedaya dengan tawaran komisen atau ganjaran kerana tindakan membenarkan akaun bank disalahgunakan boleh mendedahkan pemiliknya kepada tindakan undang-undang.

Sumber : SarawakTribune

INGAT! AKAUN BANK ANDA, TANGGUNGJAWAB ANDA. JANGAN JADI KELDAI AKAUN!

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *