
Benarkah cinta itu buta sehingga menyebabkan insan yang kemaruk bercinta kehilangan minda sedar lalu sanggup mengorbankan jiwa dan harta benda?
Lebih menghairankan lagi yang insan yang bercinta ini masih belum bertemu secara fizikal dengan sang kekasih’ . Hanya email atau whatsapp menjadi penghubung cinta mereka. Bagaimana mangsa boleh sebegitu mudah diperdaya. Jendela Madani dalam Laporan Khas LOVE SCAM’ membincangkan isu ini daripada pelbagai persektif termasuk peranan ONSA untuk bersama mengatasi isu ini.
- Kupasan 1 Puluhan juta wang rakyat Malaysia
hangus ‘ gara-gara perangkaplove scam’ yang mensasarkan mereka sebagai mangsa.
Angka tersebut diperolehi berdasarkan data terkini daripada
perangkaan dan statistik terbaharu daripada Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta laporan Pusat Respons Penipuan Kebangsaan (NSRC):
- Data terkini dan keseluruhan jumlah kerugian
Tempoh Analisis: Januari 2025 – April 2026
Jumlah Kerugian Keseluruhan: Trend penipuan Love Scam merekodkan kerugian berpuluh juta ringgit secara berterusan di Malaysia.
Sebagai gambaran, bagi tempoh Januari 2025 hingga Disember 2025, kerugian melibat kes Love Scam mencatatkan angka melebihi RM45 juta. Manakala bagi suku pertama 2026 (Januari – April 2026), trend terus meningkat dengan anggaran kerugian melebihi RM8.5 juta.
- Pecahan Jantina Mangsa
Secara keseluruhannya, data JSJK PDRM menunjukkan kecenderungan demografi mangsa mengikut jantina seperti berikut: - Wanita: 75% – 80% daripada keseluruhan laporan kes (kumpulan sasaran utama sindiket).
- Lelaki: 20% – 25% daripada keseluruhan laporan kes.
PROFIL INDIVIDU PALING RAMAI DITIPU
Profil individu paling ramai ditipu dengan (Jumlah Kerugian Tertinggi) adalah wanita yang berusia anggaran 55 tahun sehingga 67 tahun. Kebanyakan wanita adalah pesara sektor awam, Akauntan Swasta dan juga golongan Profesional.
Profil kes kerugian individu paling tinggi mencecah RM1.17 juta hingga RM2.47 juta dalam satu-satu kes.
Love Scam memerangkap mangsa yang terperdaya menerusi janji manis perkahwinan dan pelaburan projek palsu serta melibatkan ratusan transaksi pindahan wang berperingkat.
Bagi golongan lelaki pula yang menjadi mangsa `love scam’ ialah yang berusia 35 tahun sehingga 52 tahun.
Kebanyakan lelaki yang menjadi mangsa `love scam’ memiliki peniagaan sendiri, bekerja sebagai jurutera atau eksekutif sektor swasta.
Profil Kes Kerugian Tertinggi: Kerugian individu mencecah RM800,000 hingga RM1.2 juta.
Mangsa biasanya terperdaya menerusi jerat pelaburan kripto/saham palsu yang diperkenalkan oleh “kekasih maya” atau kes pemerasan video intim (sextortion).
Sumber Data: Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Polis Diraja Malaysia (PDRM) & Pusat Respons Penipuan Kebangsaan (NSRC)
