
Rata-rata ibu bapa yang ditemui oleh Jendela Madani mengakui betapa perlunya ONSA dalam membantu melindungi anak-anak mereka daripada ancaman internet.
Mereka berkata, menjadi ibu bapa hari ini amat mencabar terutama dalam mengawal penggunaan telefon dalam kalangan anak-anak. Oleh itu, kehadiran ONSA sangat diperlukan serta diraikan.

Beliau juga melahirkan kebimbangan berdepan cabaran yang semakin kompleks untuk melindungi anak-anak daripada pelbagai ancaman di internet.

Berdasarkan perkembangan terkini terhadap ancaman internet, pengenalan Akta Keselamatan Dalam Talian (ONSA) menerima sokongan yang amat positif daripada golongan ibu bapa di Malaysia.
Menurut mereka, akta ini bukan sekadar memperkenalkan undang-undang baharu, malah menjadi titik perubahan dalam pendekatan negara terhadap keselamatan ruang siber dengan meletakkan tanggungjawab yang lebih besar kepada penyedia platform digital.
IBU BAPA LEGA DAPAT BERKONGSI BEBAN ANCAMAN INTERNET
Selama ini, kebanyakan ibu bapa merasakan keselamatan anak-anak di internet bergantung sepenuhnya kepada usaha mereka sendiri.
Mereka perlu memasang aplikasi kawalan ibu bapa, menyemak kandungan yang ditonton, menetapkan had penggunaan peranti serta sentiasa memantau aktiviti media sosial anak-anak.
Melalui ONSA, pendekatan tersebut mula berubah. Penyedia platform media sosial dan perkhidmatan digital kini dipertanggungjawabkan untuk memastikan platform mereka dibangunkan dengan ciri keselamatan yang lebih kukuh sejak awal, sekali gus mengurangkan risiko kepada pengguna, khususnya kanak-kanak.
Bagi ramai ibu bapa, pendekatan ini dianggap lebih adil kerana keselamatan digital tidak lagi bergantung sepenuhnya kepada kemampuan individu mengawal teknologi yang sentiasa berubah.
Kehadiran ONSA amat melegakan kerana isu ancaman internet dapat dikongsi dengan pihak kerajaan serta agensi-agensi berkaitan.
