Kes Penderaan Kanak-Kanak Cecah 3,581 Dalam Enam Bulan Pertama 2026

KUALA LUMPUR, 28 Oktober – Sebanyak 3,581 kes penderaan fizikal, seksual dan emosi kanak-kanak direkodkan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi tempoh Januari hingga Jun 2026, menurut Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM).

Daripada jumlah itu, 2,059 kes direkodkan pada suku kedua, meningkat berbanding 1,522 kes pada suku pertama.

Kes kecuaian dan pengabaian kanak-kanak turut meningkat kepada 2,279 kes dalam tempoh sama, berbanding 987 kes pada suku pertama dan 1,292 kes pada suku kedua.

KPWKM turut memaklumkan bahawa Polis Diraja Malaysia (PDRM) membuka 867 kertas siasatan berkaitan penderaan kanak-kanak setakat Jun 2026, dengan 267 kes telah didakwa di mahkamah.

Dalam usaha memperkukuh perlindungan kanak-kanak, JKM melaksanakan 220 program KASIH Kanak-Kanak di 220 sekolah sepanjang Januari hingga September 2026, melibatkan 57,012 peserta.

KPWKM menyeru orang ramai melaporkan kes penderaan atau pengabaian kanak-kanak menerusi Talian Kasih 15999 atau WhatsApp 019-2615999, yang beroperasi 24 jam bagi membolehkan tindakan segera diambil. – BERNAMA

beritaterkini

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *