AGC Pimpin Siasatan Jenayah Kewangan, Enam Agensi Bergabung Tenaga

KUALA LUMPUR, 28 Oktober – Jabatan Peguam Negara (AGC) mempengerusikan Jawatankuasa Khas Siasatan Berkaitan Isu Jenayah Kewangan dengan kerjasama enam agensi bagi menyiasat kes berkenaan secara menyeluruh, telus dan berasaskan bukti.

Enam agensi terbabit ialah SPRM, PDRM, LHDN, Bank Negara Malaysia, Suruhanjaya Sekuriti Malaysia dan Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional.

Siasatan meliputi susur galur jenayah kewangan dari peringkat awal hingga kini tanpa mengehadkan penelitian kepada individu atau syarikat tertentu.

AGC memaklumkan laporan hasil siasatan akan dibentangkan kepada Jemaah Menteri untuk pertimbangan dan tindakan lanjut sebelum dimaklumkan kepada orang awam.

Jawatankuasa itu ditubuhkan susulan pengumuman Perdana Menteri di Parlimen pada 20 Oktober lalu.

beritaterkini

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *