
27 Oktober 2026
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) mengambil maklum mengenai penularan semula hantaran di media sosial berkaitan dakwaan penggunaan pasport palsu bagi tujuan pemeriksaan kesihatan pekerja asing. Hantaran berkenaan sebelum ini pernah tular pada April 2026.
JIM ingin menjelaskan bahawa kegiatan pemalsuan pasport dan pengubahsuaian maklumat biodata bagi tujuan pemeriksaan kesihatan pekerja asing telah dikenal pasti melalui risikan dan operasi penguatkuasaan yang dilaksanakan sejak tahun 2024.
đ Fakta penguatkuasaan JIM (2024 hingga kini):
- 17 operasi penguatkuasaan dilaksanakan.
- 71 individu ditangkap berkaitan kegiatan pemalsuan dokumen dan dokumen perjalanan.
Kegiatan ini dikenal pasti berkaitan urusan pemeriksaan kesihatan dan lanjutan Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS). Ia tidak semestinya bermaksud dokumen berkenaan digunakan untuk memasuki Malaysia.
JIM akan terus mempergiat risikan dan operasi serta mengambil tindakan tegas terhadap individu, sindiket dan pihak yang bersubahat mengikut peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa.
Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kegiatan ini diminta menyalurkannya kepada JIM bagi membantu tindakan penguatkuasaan.
