𝐊𝐄𝐒 𝐏𝐄𝐆𝐀𝐖𝐀𝐈 𝐀𝐊𝐏𝐒: 𝐋𝐄𝐋𝐀𝐊𝐈 𝐃𝐈𝐃𝐀𝐊𝐖𝐀 𝐁𝐔𝐍𝐔𝐇 𝐈𝐒𝐓𝐄𝐑𝐈

26 Oktober 2026

Negeri Sembilan:

Seorang lelaki didakwa di Mahkamah Majistret Seremban hari ini atas pertuduhan membunuh isterinya yang juga pegawai Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) di Kompleks Perumahan Penjawat Awam Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 15 Oktober lepas.

Mohd Khairudin Safi’ai, 37, mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nurul Saqinah Rosli.

Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan kerana kes bunuh di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Mengikut pertuduhan, Mohd Khairudin didakwa membunuh Norhazwani Ibrahim, 35, di sebuah rumah di Kompleks Perumahan Penjawat Awam KLIA, Nilai, kira-kira 7 petang, 15 Okt lepas.

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *