
23 Oktober 2026
Bagi Januari hingga September 2026, Selangor mencatatkan jumlah kes tertinggi dengan 23,195 kes dan 26,368 tangkapan, diikuti Kedah dengan 18,843 kes dan 19,601 tangkapan serta Kelantan dengan 18,008 kes dan 19,712 tangkapan.
“Kerjasama masyarakat amat penting untuk membantu pihak berkuasa membanteras kegiatan dadah dan melindungi kesejahteraan rakyat.”
~YB Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail, Menteri Dalam Negeri.
JSJN terus memberi keutamaan kepada usaha memutuskan rangkaian bekalan dadah, mengekang penyeludupan dan mengenal pasti penggerak utama kegiatan pengedaran. Kerjasama antara agensi tempatan serta rakan strategik antarabangsa turut diperkukuh bagi menangani ancaman jenayah dadah rentas sempadan.
Jadilah mata dan telinga pihak polis. Salurkan maklumat berkaitan kegiatan dadah melalui Hotline JSJN: 012 208 7222. Penglibatan masyarakat membantu membendung ancaman dadah demi keselamatan generasi masa kini dan akan datang.
Sumber: Kenyataan Media Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, PDRM, 21 Oktober 2026.
