Harta wakaf berpotensi pacu ekonomi, basmi kemiskinan

BANGI, 20 Oktober – Pengurusan dan pembangunan harta wakaf akan diperkasa bagi mengoptimumkan penggunaan aset berkenaan sebagai pemacu pertumbuhan ekonomi, pembasmian kemiskinan dan kesejahteraan masyarakat.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr. Zulkifli Hasan berkata, pengurusan wakaf perlu disesuaikan dengan perkembangan semasa supaya potensinya dapat dimanfaatkan secara lebih menyeluruh, bukan sekadar membantu golongan asnaf dan penerima manfaat.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis penutup Shariah Forum 2026 anjuran Fakulti Syariah dan Undang-Undang dengan kerjasama Maybank Islamic Berhad, yang menghimpunkan 160 wakil institusi agama, perbankan Islam dan pemegang taruh bagi membincangkan isu pembiayaan pembangunan hartanah wakaf.

Dalam majlis sama, Maybank Islamic turut menyerahkan geran penyelidikan berjumlah RM82,000 kepada Pengarah Shariah Forum 2026, Profesor Madya Dr. Muhamad Firdaus Ab Rahman.

beritaterkini

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *