
KUALA LUMPUR, 20 Oktober – Akta Perkhidmatan Parlimen 2025 (Akta 869) yang berkuat kuasa 1 Oktober lalu membolehkan Parlimen mengurus pentadbiran, sumber manusia dan perkhidmatannya secara lebih bebas daripada struktur perkhidmatan awam sedia ada.
Pakar perlembagaan, Prof Datuk Dr Shamrahayu Abdul Aziz berkata, akta itu turut membolehkan kakitangan Parlimen membina kepakaran khusus bagi meningkatkan mutu perkhidmatan kepada ahli Dewan Rakyat.
Bagaimanapun, keberkesanannya bergantung pada komitmen wakil rakyat dan pengurusan Parlimen dalam mempertahankan kebebasan institusi, selain mematuhi etika serta mengelakkan konflik kepentingan.
