

MCMC JUNJUNG TITAH YANG DI-PERTUAN AGONG, TEGASKAN BULI SIBER
TIDAK BOLEH DINORMALISASIKAN
CYBERJAYA, 19 Oktober 2026 – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia
Malaysia (MCMC) menjunjung titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka
Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, yang menegaskan bahawa
setiap kebebasan datang bersama tanggungjawab, khususnya dalam
penggunaan media sosial.
MCMC menegaskan bahawa kebebasan bersuara dan mengkritik perlu
diamalkan secara beradab serta bertanggungjawab.
Perbezaan pandangan tidak
harus dijadikan alasan untuk melakukan sebarang bentuk buli siber, termasuk
gangguan, ugutan, penghinaan, serangan peribadi atau penyebaran maklumat
peribadi yang boleh mengancam keselamatan dan maruah individu.
Perbuatan
sedemikian tidak boleh dinormalisasikan dalam masyarakat yang menghormati
hak bersuara dan nilai saling menghormati.
MCMC turut mengambil perhatian terhadap kebimbangan Seri Paduka Baginda
mengenai penyalahgunaan kecerdasan buatan (AI) untuk menghasilkan
kandungan palsu serta penyebaran maklumat tidak sahih yang boleh
mencetuskan fitnah dan kebencian.
MCMC akan terus memperkukuh usaha mewujudkan persekitaran dalam talian
yang selamat melalui kerjasama dengan penyedia platform, agensi berkaitan dan
masyarakat.
Sebarang kandungan yang disyaki melanggar undang-undang akan
diteliti dan tindakan sewajarnya diambil berdasarkan peruntukan undang-
undang yang berkuat kuasa.
MCMC menyeru rakyat Malaysia agar menghayati titah Seri Paduka Baginda
dengan menghormati perbezaan pandangan, menyemak kesahihan maklumat
sebelum berkongsi serta menjaga adab dan maruah orang lain dalam setiap
interaksi dalam talian.
KOMUNIKASI KORPORAT MCMC
