YANG DI-PERTUAN AGONG BERANGKAT KE ISTIADAT KONVOKESYEN UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (UiTM) KALI KE-105

17 Oktober 2026

KDYMM SPB Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan berangkat menyempurnakan Istiadat Konvokesyen Universiti Teknologi Mara (UiTM) kali ke-105 di Dewan Agung Tuanku
Canselor, Shah Alam, hari ini (17 Oktober).

Turut berangkat DYMM Tengku Permaisuri Hajah Norashikin, Tengku Permaisuri Selangor merangkap Pro Canselor UiTM.

Hadir sama, Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir, Menteri Pendidikan Tinggi.

Pada istiadat konvokesyen berkenaan, Yang di-Pertuan Agong, yang juga Canselor UiTM, berkenan menganugerahkan gelaran Profesor Emeritus kepada Datuk Dr. Hajah Roziah Mohd Janor, Naib Canselor wanita pertama UiTM yang berkhidmat bermula tahun 2021 hingga 2023.

Seri Paduka Baginda turut berkenan mengurniakan Anugerah Graduan Terbaik Utama UiTM tahun 2026 kepada 15 penerima yang cemerlang dalam pengajian masing-masing.

Istiadat konvokesyen pada tahun ini menyaksikan seramai 32,630 graduan menerima pengiktirafan atas kejayaan menamatkan pengajian masing-masing pada peringkat diploma, ijazah sarjana muda, ijazah sarjana dan pascasiswazah.

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *