
KUALA LUMPUR, 17 Oktober – Beregu wanita negara, Low Zi Yu dan Genevie Lim, mencipta sejarah apabila muncul pasangan Malaysia pertama menjuarai acara beregu wanita pada Kejohanan Badminton Remaja Dunia sejak kejohanan itu diperkenalkan pada 1992.
Pasangan pilihan kedua itu menewaskan wakil Jepun, Nijika Kamata-Shizuku Kashio, menerusi pertarungan tiga set 15-7, 9-15, 15-12 pada aksi final di Kaherah, Mesir, hari ini.
Kejayaan itu menamatkan penantian 34 tahun Malaysia untuk meraih gelaran berkenaan, sekali gus mencipta pencapaian bersejarah buat badminton remaja negara.
Sebelum ke final, Zi Yu-Genevie menewaskan pasangan China, Shi Si Chen-Xiang Yu Jin, 15-9, 15-11 dalam aksi separuh akhir.
– BERNAMA
