Pegawai Kastam Ditemukan Maut, Suami Serah Diri

NILAI, 16 Oktober – Seorang pegawai Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) ditemukan maut dipercayai dibunuh suaminya di kuarters Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), malam tadi.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad, berkata polis menerima maklumat mengenai kejadian itu kira-kira pukul 8.30 malam, manakala suspek menyerah diri di balai polis selepas kejadian.

Polis sedang menjalankan siasatan bagi mengenal pasti motif kejadian dan mengesahkan waktu sebenar insiden berlaku. Suspek turut dibawa ke lokasi kejadian untuk membantu siasatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

beritaterkini

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *